Monday, August 31, 2009

MakPah ucapkan Terima Kasih kepada Penaja-penaja

Update tentang isu tempat tinggal Rumah Titian Kaseh

Selepas sedaya upaya mendapatkan dana untuk deposit rumah, alhamdulillah menjelang puasa, rumah yang didiami oleh anak-anak Titian Kaseh ini telah dapat membayar deposit untuk rumah tersebut. Jumlah deposit ialah RM270,000 iaitu 10% dari jumlah kesuluruhan harga rumah tersebut iaitu RM2,700,000. Rancangan seterusnya ialah MakPah akan cuba untuk membuatkan pinjaman bank agar rumah tersebut dapat dimiliki terus oleh Titian Kaseh. MakPah amat terharu dengan orang ramai yang telah menyumbang dan memberi sokongan kepada Rumah Titian Kaseh.

Kepada pembaca blog ini, anda masih berpeluang untuk menyumbang ke Rumah Titian Kaseh agar pinjaman rumah tersebut dapat dikurangkan lagi. Setiap sumbangan ini pasti akan memberi harapan kepada penghuni Titian Kaseh untuk terus tinggal di rumah tersebut. Semoga sumbangan ini akan pasti melipat gandakan rezeki anda bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat kelak. Anda boleh dapatkan butiran serta jumlah kos dari MakPah sendiri di 019 - 6455769 atau 03-40255246

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Monday, June 15, 2009

Pengambilan Anak Angkat

Kami Perlukan Bantuan Anda!


Rumah Titian Kaseh (RTK) kini menghadapi masalah tempat tinggal. Hal ini kerana tuan rumah yang dihuni oleh warga RTK ingin menjual rumah tersebut. Oleh yang demikian, ibu tunggal, anak-anak yatim dan miskin, OKU dan warga emas yang tinggal di RTK bakal kehilangan tempat tinggal dan tempat berteduh mereka ini. Kami menyeru kepada orang ramai diluar sana untuk menyalurkan bantuan dari segi kewangan demi mendapatkan rumah tersebut. MakPah (pengasas RTK) merancang untuk membeli terus atau mengharapkan kepada individu atau korporat yang dapat membeli rumah perlindungan RTK ini untuk masa depan warga RTK. Anda boleh dapatkan butiran serta jumlah kos dari MakPah sendiri di 019 - 6455769 atau 03-40255246. Semoga usaha membantu ini dapat dijadikan saham akhirat yang cukup bermakna, insyaAllah.

Muhammad
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia