Tolong kami, bantu kami... hanya yang ikhlas sahaja..

Cara-cara untuk menderma kepada rumah titian kaseh

1) melalui bank dibawah :-


Cek mestilan berpalang dan di tulis nama berikut: :-


PUSAT JAGAAN TITIAN KASEH

Bank Muamalat, Akaun No: 1404-0002396-71-8


2) Melalui wang tunai adalah seperti berikut :-

Berjumpa sendiri dengan PN. SHARIFAH BTE ADLAN, H/P:019-6455769


Alamat seperti tertera ditepi bahagian atas blog ini :-

Monday, August 31, 2009

MakPah ucapkan Terima Kasih kepada Penaja-penaja

Update tentang isu tempat tinggal Rumah Titian Kaseh

Selepas sedaya upaya mendapatkan dana untuk deposit rumah, alhamdulillah menjelang puasa, rumah yang didiami oleh anak-anak Titian Kaseh ini telah dapat membayar deposit untuk rumah tersebut. Jumlah deposit ialah RM270,000 iaitu 10% dari jumlah kesuluruhan harga rumah tersebut iaitu RM2,700,000. Rancangan seterusnya ialah MakPah akan cuba untuk membuatkan pinjaman bank agar rumah tersebut dapat dimiliki terus oleh Titian Kaseh. MakPah amat terharu dengan orang ramai yang telah menyumbang dan memberi sokongan kepada Rumah Titian Kaseh.

Kepada pembaca blog ini, anda masih berpeluang untuk menyumbang ke Rumah Titian Kaseh agar pinjaman rumah tersebut dapat dikurangkan lagi. Setiap sumbangan ini pasti akan memberi harapan kepada penghuni Titian Kaseh untuk terus tinggal di rumah tersebut. Semoga sumbangan ini akan pasti melipat gandakan rezeki anda bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat kelak. Anda boleh dapatkan butiran serta jumlah kos dari MakPah sendiri di 019 - 6455769 atau 03-40255246

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Monday, June 15, 2009

Pengambilan Anak Angkat

Kami Perlukan Bantuan Anda!


Rumah Titian Kaseh (RTK) kini menghadapi masalah tempat tinggal. Hal ini kerana tuan rumah yang dihuni oleh warga RTK ingin menjual rumah tersebut. Oleh yang demikian, ibu tunggal, anak-anak yatim dan miskin, OKU dan warga emas yang tinggal di RTK bakal kehilangan tempat tinggal dan tempat berteduh mereka ini. Kami menyeru kepada orang ramai diluar sana untuk menyalurkan bantuan dari segi kewangan demi mendapatkan rumah tersebut. MakPah (pengasas RTK) merancang untuk membeli terus atau mengharapkan kepada individu atau korporat yang dapat membeli rumah perlindungan RTK ini untuk masa depan warga RTK. Anda boleh dapatkan butiran serta jumlah kos dari MakPah sendiri di 019 - 6455769 atau 03-40255246. Semoga usaha membantu ini dapat dijadikan saham akhirat yang cukup bermakna, insyaAllah.

Muhammad
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Monday, September 1, 2008

Beli Kuih Raya Sambil Beramal


Makpah serta ibu-ibu tunggal Rumah Titian Kaseh ini ada menjual kuih2 raya sebagai income untuk menampung kos perbelanjaan Rumah Kebajikan ini. Pada yang berminat untuk order, boleh terus hubungi Makpah di 019-6455769

Antara kuih2 raya yang ada ialah
Mini Karipap 100 biji - RM13
Popia simpul/kecil 100 biji - RM13
Batang buruk 100 biji - RM13

Kuih siput 1/2 kg - RM13
Kuih bijan 1/2kg - RM13
Maruku 1/2kg - RM13

Coklat Chip 100 biji - RM24


Kuih raya ini boleh dibeli terus di
Rumah Titian Kasih (Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal & Anak Yatim)
62A-2 Lorong Maran
Jalan Kuantan
Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur

Bersama kita bantu ibu2 tunggal di Rumah Titian Kaseh ini. Semoga dengan setiap pembelian akan dilipat gandakan rezeki dimasa hadapan insyaAllah.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Thursday, August 28, 2008

Lokasi: Rumah Titian Kasih, Titiwangsa
Masa: 9am-11am

Hari ini saya berkesempatan untuk melawat sebuah rumah kebajikan di Titiwangsa, Rumah Titian Kasih. Berikut adalah detail tentang rumah kebajikan ini:

Nama: Rumah Titian Kaseh (RTK)
Alamat: 62A-2, Lorong Maran Off Jalan Kuantan,
Tasik Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur

Tel/Fax: 03-4025 5246
email: rumahtitiankaseh@yahoo.com
forum: www.rumahtitiankaseh.co.cc

PIC: Sharifah Adlan (MakPah) - 019-645 5769

Penghuni: 85 orang
Ibu Tunggal: 20 org
Anak2 Yatim: 51 org
OKU: 12 org
Warga Emas: 2 org


bahan2 untuk dibawa niaga

MakPah yang tabah

MakPah bersama Azami dan Aishah yang baru berumur 2 hari

pejabat Rumah Titian Kasih

ibu2 tunggal

Azami yang dulunya pernah mengidap penyakit jantung berlubang

warga emas

bersama Azami

Rumah kebajikan ini mempunyai kelainan sedikit dari rumah kebajikan atau rumah anak yatim yang lain. Ibu tunggal yang tinggal di sini biasanya akan berniaga sebagai income untuk Rumah Titian Kaseh ini. Anak-anak yatim di sini pula terdiri daripada perpecahan rumah tangga, sumbang mahram, dan lain-lain yang disebabkan dari kerakusan nafsu serakah. Maka OKU di sini pula kebanyakannya yang mempunyai masalah mental, seperti schizophernia. Saya kagumi ketabahan MakPah menjaga Rumah Titian Kaseh ini.

Kini mereka berhadapan dengan masalah tempat tinggal, kerana rumah yang disewa ini bakal diambil kembali dari Tuan tanah. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi terus MakPah di talian 019-645 5769, atau boleh hubungi saya sendiri di pejabat Muslim Aid Asia di 03-22881996.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Wednesday, August 27, 2008

Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal & Anak Yatim

Rumah Titian Kasih (Pusat Jagaan Anak Ibu Tunggal & Anak Yatim)
62A-2 Lorong Maran
Jalan Kuantan
Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur

Contact Person
Mak Pah (Penyelia Rumah Titian Kasih) di 019 - 645 5769

Rumah Titian Kasih ditubuhkan pada tahun 1988 adalah sebuah rumah yang memberi perlindungan kepada ibu2 tunggal dan anak yatim.

Rumah Titian Kasih
ini terletak berhampiran Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Penghuni di sini menjalani kehidupan tanpa kasih sayang suami dan bapa.