Monday, August 31, 2009

MakPah ucapkan Terima Kasih kepada Penaja-penaja

Update tentang isu tempat tinggal Rumah Titian Kaseh

Selepas sedaya upaya mendapatkan dana untuk deposit rumah, alhamdulillah menjelang puasa, rumah yang didiami oleh anak-anak Titian Kaseh ini telah dapat membayar deposit untuk rumah tersebut. Jumlah deposit ialah RM270,000 iaitu 10% dari jumlah kesuluruhan harga rumah tersebut iaitu RM2,700,000. Rancangan seterusnya ialah MakPah akan cuba untuk membuatkan pinjaman bank agar rumah tersebut dapat dimiliki terus oleh Titian Kaseh. MakPah amat terharu dengan orang ramai yang telah menyumbang dan memberi sokongan kepada Rumah Titian Kaseh.

Kepada pembaca blog ini, anda masih berpeluang untuk menyumbang ke Rumah Titian Kaseh agar pinjaman rumah tersebut dapat dikurangkan lagi. Setiap sumbangan ini pasti akan memberi harapan kepada penghuni Titian Kaseh untuk terus tinggal di rumah tersebut. Semoga sumbangan ini akan pasti melipat gandakan rezeki anda bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat kelak. Anda boleh dapatkan butiran serta jumlah kos dari MakPah sendiri di 019 - 6455769 atau 03-40255246

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

3 comments:

ANUAR CHE MAHMUD said...

Ya lah...kalau dah dapat duit tu, jangan lupa anak-anak yatim dan OKU tu...jangan salahgubakan duit...tapi alllah tahu apa yang kita buat...yang lepas tu lepaslah...mintak insaflah ye kalau buat benda yang tak elok......bukan tuduh..tapi dengar cerita macamtulah...

atty a said...

assalammualaikum...sya ingin mgambil anak angkat,bayi lelaki,kalau ade tlg hubungi sya 01112917192..terima kasih

Sazila Sahdan said...

Salam..
sye dah kawen 7tahun menginginkan baby 4bulan ke bwh utk d jadikan anak angkat...x kira apa taraf or jantina sekalipun....sesiapa ada info dr biomum yang mencari keluarga angkat di minta menghubungi saya melalui wassap/wechat/sms 011 1774 1743